Thursday, December 22, 2011

last entry untuk tahun ni~ munkin ??

Huhuhu pejam celik pejam celik akhirnye 2011 dah nak melabuh tirai daa, sedar tak sedar dah setahun.. Selalu cam ni la bila hujung tahun je macam-macam perasaan, macam-macam rasa, macam-macam perangai hahaha..

Bagi aku tahun 2011 ni tahun yang aku rase takde yang best dan kalau best pun setakat suam-suam kuku je, tapi dalam  research aku kat diri aku sendiri pada persekitaran aku dan lakasi kajian di sekitar perumahan aku duduk,  manusia memang memadang kedudukan seseorang tu lebih penting dari ape yang di sumbangkan seseorang itu. 

Dah lumrah hidup orang yang berjaya akan di sebut-sebut, dan orang yang berketampilan lebih gemar  di dekati oleh masarakat. Hakikatnye begitulah, dan di sebaliknya pulak hanya 2 ke 3 peratus je akan memandang  seseorang itu berdasarkan sumbangan (secara tidak langsung) dan kehadiran seseorang individu didalam persekitaran mereke. Yang lain pehhh (sedih bebenor rase).

Dalam satu kes permehatian aku (bukan sokodeng), seseorang akan mempunyai rase malu bila hendak menegur seseorang yang di rasekan tidak dapat memberi perasaan bangga yang boleh di kongsi bersama ketika bertegur sapa.

Contoh kes: ABU merupakan seorang buruh binaan. AHMAD pulak merupakan bekas guru kepada ABU.

Pada suatu hari ABU ke pekan untuk membeli barangan, pada masa yang sama AHMAD juga ke pekan. Dengan tak di rancang mereka teserempak setelah sekian lama tak betemu, tetapi ABU berasa malu dengan keadaan dirinya yang sekarang, AHMAD pula tersenyum sinis melihat akan keadaan ABU.

Tetapi kalau sebaliknya pulak, munkin ini yang berlaku,

AHMAD merupakan guru displin yang sangat memandang rendah terhadap anak murid yang dianggap tak ada harapan untuk belajar. ABU pula bekas pelajar AHMAD dan merupakan tokey besar di syarikat pembinaan.

AHMAD keluar ke pekan untuk membeli baragan, pada masa yang sama ABU juga ke pekan.  Dengan tak di rancang mereka teserempak setelah sekian lama tak betemu, tetapi AHMAD berasa malu dengan tindakan dirinya dahulu terhadap ABU, AHMAD pula tersenyum ketika teringat akan kisah zaman persekolahan dia dahulu besama guru displin nya yang sering menampar muka beliau.


Moral : Manusia akan berasa malu bila tiada ape yang hendak dibanggakan nak-nak lagi pada diri sendiri,dan sikap guru akan berasa bangga bila melihat anak murid mereka berjaya raya (hahaha) dan akan mencanang ke sana  ke sini itu laa anak murid ku~ 

tetapi sekiranya serbaliknya pula yang belaku ??

sebelah mata pun tak pandang !!


Begini lah kehidupan, manusia oh manusia.


Guru dan anak murid hanya laa sebagai contoh, dalam keadaan sebenar guru dan anak murid ini boleh menjadi jiran dengan bekas jiran, dan kawan dengan kawan lama,  ini hanya sekadar contoh. bukan lah semua guru besikap sedimikian tetapi peratusan nya sangat lah rendah (huhuhuh)



Sebenornye banyak lagi kejadian-kejadian yang boleh mencerminkan sikap dan perangai manusia ni tetapi memandangkan aku jenis malas nak menaip dan lagi satu aku sedih sangat dengan sikap manusia ni, jadi  lebih elok aku tak menaip di sini, sebab kadang-kadang mende yang kita nak sampai kan atau nak bagitau kadang-kadang orang yang membaca boleh tersalah sangka dan aku rase blog ni bukan la satu medium yang terbaik bagi sesuatu penjelasan yang kritikal. ( kalau nak gelak-gelak atau saje wat suka-suka bole la kot)  (kalau taip panjang-panjang pun ade ke orang nak bace ? bosannn bohh )


 Hurmm banyak nak menaip banyak nak di ceritakan dan banayak kesimpulan-kesimpulan untuk tahun 2011 ni tapi malas menaip ( alasan je nih ).


Macam mana susahnya hidup, walau macam mana sepi sekali pun orang memandang kita, walau macam mana sinis pun orang memberi senyuman pada kita, walau macam mana perit nye orang mengata kita, dan macam-macam lagi.....

 ingat lah~

Apabile kite asyik duduk termenung dan memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, ingat lah tuhan ada perancangan yang terbaik untuk diri kite....  Insayallah~



2012 ???   Lu tunggu hahahaha !! ( cabar diri menjadi lebih baik dari tahun 2011)




* Erkk pape pun aku nak cakap terima kasih kepade sesape yang tersesat, sesat, atau wat-wat sesat ke blog aku yang kusut ni.  Tak de unsur-unsur nak dengki mendengki, caci mencaci, kutuk menkutuk, sakit menyakit, atau ape pun yang boleh mendatang kan rase kurang senang kurang enak di hati mahu pun perasaan.. Mintak maap banyak-banyak mane yang tak betul, tak elok, tak senang. 

Pada ejaan-ejaan pulak biase laa tu kalau salah (hahaha) lagi kan lidah tergigit ini kan pulak jari dan keyboard (huhuhuh) pape pun sekali lagi terima kaseh terime kasih dan terima kaseh, balajar lah bersyukur, belajar lah mengenal hidup mengenal mati dan belajar terus belajar...   jumpe lagi tahun depan ( hahaha ade brape hari je nak tahun depan)


                                                                                                           -LUFFMAN-





nak dekat daa~

Pehh nak dekat da 2012..


Thursday, December 15, 2011

Lari dari kerja~

Sebenarnye aku malas nak menaip ni, kalau la beguling kat bawah kipas siling waktu-waktu panas ni memang tak terucap nikmat die tu (hahahaha).

Tapi kalau asik layan malas je memang tak begerak la sehari. Makan malas, mandi malas, kot-kot laa kalau ada orang bagi duit suruh tadah tangan pun malas memang parak sangat daa tu ( elok bakor je umah tu, kalau tak lari jugak memang malas tak tau nak cakap ape).


Tak pela nak update blog punye pasal aku ketepikan suiz ( erkk ejaan betul ke ?? ) kipas, tv ngan bantal.


Aduh dah nak dekat setahun jugak laa aku wat kerja pelik-pelik ni, tapi yang tak syok memang tak syok langsung, tak syok bila satu sen duit pun aku tak dapat kumpul. Mane pergi duit-duit tu ???


Orang tua-tua selalu pesan simpan duit dan jangan membazir, pesan tu memang betul dan sangat betul kalau tak membazir, tapi kalau simpan duit untuk ape ? waktu susah ? waktu terdesak ?

Erkk bagi aku simpan duit tu betul memang penting tapi terdetik persoalan yang datang dari kepale aku time aku tengah menaip ni...

*Adekah menyimpan tu memberi satu kepuasan untuk tengok digit-digit perpuluhan  yang tertera kat buku bank.

atau pun....

*Menyimpan duit tu menjadi satu pencapaian sekirenye nilai yang terkumpul pada baki akhir dalam buku bank tu banyak ( konon-konon beribu-ribu=ribu ringgit laa)
 

kalau laa aku ade duit dalam bank masa ni, aku pun jawap dengan selamber 2 persoalan aku sendiri tadi...

*satu kerpuasan kalau aku dapat beli mende yang aku suka (hahahah gelak sedih sebenornye bile terpikir kehendak melebihi penawaran/simpanan )

*satu pencapaian yang terbaik kalau aku dapat pusing dunia naik bas loceng (bas berenti-bereti) leh tengok leh rase tempat orang lagi dekat.. ( hurmm angan-angan je laaa kalau tak beduit kata si labu kepada si labi)

Eh ??

Jadi bile aku sedang asik menaip ni aku pun tetengok jam, ni  baru pukul 4 petang, buruh cam aku sepatut ada kat site lagi tengah bancuh simen barang kali bukan duk ngadap laptop cam pekerje bank yang sibuk mengire utang-utang orang, sibuk mengire bunga-bunga untuk untung bank, tak pun dah tengah sibuk nak puchcard abis keje.




Ape aku wat ni ???)


*diam-diam sudohhh (lari balik umah hahahaha)


P/S: buang kan KALAU tu KALAU nak mende kite nak.



P/S (Labu dan Labi )  :  cakap je lebih kerja pun setengah ari dah lari balik  nak simpan duit~   beli beras ujung bulan boleh laaaa   (hahaha)




Wednesday, December 14, 2011

Friday, December 9, 2011

9 hb 12 2011

Malam tadi si ex aku akad nikah dengan jejaka idaman hati dia~

Ohh lega rase nye..

Selamat sudah secebis rintagan jiwa yang lara ( erkk lara ke ?? ) ( hahahaha ) di sebalik liku-liku kehidupan yang bername dugaan aku bersyukur dapat merase pahit, manis, kecewa, dan penantian aku yang berakhir dengan penikahan si die dengan jejaka  idaman hati nye~


Ohh tuhan terime kasih atas dugaan yang telah kau beri kan.

Moga si dia bahagia di samping nya dan bekekalan ke anak cucu.

Pahit itu kalau di telan, lama-lama manis jugak.. (hehehehe)  (paham ke x maksud aku tu ? )



Waduh kok dapat karok lagu ni memang syahdu dong, mau menitis air mate kalau telebih feeling.








* Apa-apa pun beringatlah Jodoh itu rahsia tuhan.





Thursday, December 8, 2011

Kenyang gambaran orang yang bahagia ??

Sesi melalut ketika kenyang.

Pehh mula-mula kene cakap alhamdullilah dulu, dengan 2 cupak beras aku masak tadi bole membuatkan aku sendawe senyum (hahahaha camner nak wat muka cam tu ?)

Dalam malas-malas begelar sebagai lelaki bujang ( hahahaha) aku gagah kan jugak diri ni nak ke dapur walaupun jam kat dinding menunjukkan hampir 11.30 malam. Mula aku memang tak rancang nak masak-masak ni, sebab petang tadi waktu kerja hujan bukan main lebat lagi, aku pun nak tak nak kene balik umah redah hujan.

Bayangkan kalau pas  kene hujan pastu terus mandi kat jamban, pas mandi lepak-lepak kat dalam umah, dia punye malas tu pehhhh memang terbaik ar hahahaha.

Waktu aku duk lepak-lepak tu memang tak trpikir nak memasak ni ntah cam ner leh teringat duit de satu ringgit je, atas faktor tu laa kot aku ke dapur.

Menu aku masak tak la cam masakan keluarga tapi aku cuba-cuba la juga nak wat suasana berkeluarga punye masakan, aku wat ikan masin masak paprik (hahahaha)

Eh jap-jap !!

Tapi skang aku tengah hangin ngan member aku ni.. dia kacau line aku nak bermanja-manja dengan tv.. dah la keja satu tempat, time balik kerja pun sama, pastu siap-siap mandi ape semua ada je dia datang umah nak tengok tv. kalau rancangan tv tu sedap-sedap ok la jugak, ni kalau lepak dari magrib bawak ke time aku nak tido manjang tengok katon memang nak kene teranjang die ni nanti.. aku sabo je ni..



Hilang mood perut kenyang aku !!