Huhuhu hari ni aku nak menaip lebih sikit. Kebarangkalian untuk men update blog ni paling minimum 1 kali sebulan akan terbantut akibat aktiviti luar yang aku follow sekarang kat belah area ulu tengganu sane.
Berkemungkinan besor akan update selepas 8 bulan dari tarikh tertera pada hari ni..
Amat la beduka cita tak dapat nak update kejadian-kejadian yang bakal terjadi mahu pun aktiviti yang akan berlangsung kat sane nanti, tapi ape-ape pun aku akan cuba curi-curi update kalau berkesempatan (tiada jaminan)
Ape motif dan tujuan ke sane ??
Aku pun tak tau..
Kekadang aku terpikir juga berbaloi ke tak aku ke ulu tengganu tu.. memandangkan takde sape pun bole menjawap persoalan tu, aku dengan rase berbelah-bagi, dan dengan hati yang sebak untuk meniggal kan rumah pusaka ni aku buka mata tak nak toleh belakang, tak nak tengok kiri mahu pun kanan yakin melangkah kedepan, ape pun yang terjadi esok, lusa, mahu pun tulat.. aku yakin tuhan maha mengetahui ape yang di rancang untuk aku.
Aku hanya la hamba nya lemah, jauh di dalam hati terasa rapuh jiwa ini untuk menempuhi rintangan dan dugaan nya, moga allah memberi aku kekuatan dan semangat serta jauhilah aku dari rasa berputus asa... yang tersirat mahu pun tersurat itu ketentuan ilahi dan itu juga hak nya.
Aku percaye dan yakin tuhan ade perancangan yang terbaik untuk diri aku.
Insyallah~
Tengganu lu tunggu aku datang ni hahahahaha !!
No comments:
Post a Comment