Thursday, December 22, 2011

last entry untuk tahun ni~ munkin ??

Huhuhu pejam celik pejam celik akhirnye 2011 dah nak melabuh tirai daa, sedar tak sedar dah setahun.. Selalu cam ni la bila hujung tahun je macam-macam perasaan, macam-macam rasa, macam-macam perangai hahaha..

Bagi aku tahun 2011 ni tahun yang aku rase takde yang best dan kalau best pun setakat suam-suam kuku je, tapi dalam  research aku kat diri aku sendiri pada persekitaran aku dan lakasi kajian di sekitar perumahan aku duduk,  manusia memang memadang kedudukan seseorang tu lebih penting dari ape yang di sumbangkan seseorang itu. 

Dah lumrah hidup orang yang berjaya akan di sebut-sebut, dan orang yang berketampilan lebih gemar  di dekati oleh masarakat. Hakikatnye begitulah, dan di sebaliknya pulak hanya 2 ke 3 peratus je akan memandang  seseorang itu berdasarkan sumbangan (secara tidak langsung) dan kehadiran seseorang individu didalam persekitaran mereke. Yang lain pehhh (sedih bebenor rase).

Dalam satu kes permehatian aku (bukan sokodeng), seseorang akan mempunyai rase malu bila hendak menegur seseorang yang di rasekan tidak dapat memberi perasaan bangga yang boleh di kongsi bersama ketika bertegur sapa.

Contoh kes: ABU merupakan seorang buruh binaan. AHMAD pulak merupakan bekas guru kepada ABU.

Pada suatu hari ABU ke pekan untuk membeli barangan, pada masa yang sama AHMAD juga ke pekan. Dengan tak di rancang mereka teserempak setelah sekian lama tak betemu, tetapi ABU berasa malu dengan keadaan dirinya yang sekarang, AHMAD pula tersenyum sinis melihat akan keadaan ABU.

Tetapi kalau sebaliknya pulak, munkin ini yang berlaku,

AHMAD merupakan guru displin yang sangat memandang rendah terhadap anak murid yang dianggap tak ada harapan untuk belajar. ABU pula bekas pelajar AHMAD dan merupakan tokey besar di syarikat pembinaan.

AHMAD keluar ke pekan untuk membeli baragan, pada masa yang sama ABU juga ke pekan.  Dengan tak di rancang mereka teserempak setelah sekian lama tak betemu, tetapi AHMAD berasa malu dengan tindakan dirinya dahulu terhadap ABU, AHMAD pula tersenyum ketika teringat akan kisah zaman persekolahan dia dahulu besama guru displin nya yang sering menampar muka beliau.


Moral : Manusia akan berasa malu bila tiada ape yang hendak dibanggakan nak-nak lagi pada diri sendiri,dan sikap guru akan berasa bangga bila melihat anak murid mereka berjaya raya (hahaha) dan akan mencanang ke sana  ke sini itu laa anak murid ku~ 

tetapi sekiranya serbaliknya pula yang belaku ??

sebelah mata pun tak pandang !!


Begini lah kehidupan, manusia oh manusia.


Guru dan anak murid hanya laa sebagai contoh, dalam keadaan sebenar guru dan anak murid ini boleh menjadi jiran dengan bekas jiran, dan kawan dengan kawan lama,  ini hanya sekadar contoh. bukan lah semua guru besikap sedimikian tetapi peratusan nya sangat lah rendah (huhuhuh)



Sebenornye banyak lagi kejadian-kejadian yang boleh mencerminkan sikap dan perangai manusia ni tetapi memandangkan aku jenis malas nak menaip dan lagi satu aku sedih sangat dengan sikap manusia ni, jadi  lebih elok aku tak menaip di sini, sebab kadang-kadang mende yang kita nak sampai kan atau nak bagitau kadang-kadang orang yang membaca boleh tersalah sangka dan aku rase blog ni bukan la satu medium yang terbaik bagi sesuatu penjelasan yang kritikal. ( kalau nak gelak-gelak atau saje wat suka-suka bole la kot)  (kalau taip panjang-panjang pun ade ke orang nak bace ? bosannn bohh )


 Hurmm banyak nak menaip banyak nak di ceritakan dan banayak kesimpulan-kesimpulan untuk tahun 2011 ni tapi malas menaip ( alasan je nih ).


Macam mana susahnya hidup, walau macam mana sepi sekali pun orang memandang kita, walau macam mana sinis pun orang memberi senyuman pada kita, walau macam mana perit nye orang mengata kita, dan macam-macam lagi.....

 ingat lah~

Apabile kite asyik duduk termenung dan memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, ingat lah tuhan ada perancangan yang terbaik untuk diri kite....  Insayallah~



2012 ???   Lu tunggu hahahaha !! ( cabar diri menjadi lebih baik dari tahun 2011)




* Erkk pape pun aku nak cakap terima kasih kepade sesape yang tersesat, sesat, atau wat-wat sesat ke blog aku yang kusut ni.  Tak de unsur-unsur nak dengki mendengki, caci mencaci, kutuk menkutuk, sakit menyakit, atau ape pun yang boleh mendatang kan rase kurang senang kurang enak di hati mahu pun perasaan.. Mintak maap banyak-banyak mane yang tak betul, tak elok, tak senang. 

Pada ejaan-ejaan pulak biase laa tu kalau salah (hahaha) lagi kan lidah tergigit ini kan pulak jari dan keyboard (huhuhuh) pape pun sekali lagi terima kaseh terime kasih dan terima kaseh, balajar lah bersyukur, belajar lah mengenal hidup mengenal mati dan belajar terus belajar...   jumpe lagi tahun depan ( hahaha ade brape hari je nak tahun depan)


                                                                                                           -LUFFMAN-





No comments:

Post a Comment