Thursday, April 8, 2010

munkin ??

Keindahan, suatu pencarian, suatu penantian. Menjadi sial dan bebal dalam semabal atau sebal dan sesal tak berpangkal atau cekal dan kental dalam banal tak berpenghujung.

Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya. Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam.

Tapi mungkin ker ?? Same2 la kite pikir eh..
 
 
( petikan dari blog aku yang di tinggal kan tampa bertuan)

No comments:

Post a Comment