Takde menggunakan jampi serapah mahupun mentera-mentera untuk menhasilkan minyak senyoinyoi, pengasih, penunduk atau ape-ape name pun untuk menhasilkan minyak guna-guna..
Jika seseorang datang membuat kita kecewa, jadi dia adalah "guru" yang hendak mengajar kita erti sabar.. Begitu jugak dalam kehidupan seharian, kecewa melakukan sesuatu tugas atau kerja.. Jika kita rasa kita sedang di kecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu menharap atau pun berputus asa selepas belaku sesuatu pekara yang gagal di lakukan dari tugas lect bagi tak pun kerja yang bos bagi.
Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa tak kira kat mana skali pun, hakikatnya kita semue sedang belajar dan dididik dalam sedar tak sedar.
Apakah sebenarnya yang menjadi "tujuan" di sebalik pelajaran-pelajaran yang datang dalam hidup kita ?? (hurmmm pikir jap huhuhuh) Tujuan utama munkin untuk mengubah kita bagi yang sedar akan hikmah di sebalik kejadian.
"Orang yang bejaya atau orang yang sedar akan hikmah di sebalik kekecewa atau kejadian yang tak seperti yang di harapkan adalah orang yang berjaya menukar elemen negatif menjadi positif"
* Heh ko tunggu la result exam kuar bulan depan.. jangan cakap jee lebih kat sini nanti kalau ade subjet yang kantoi, ko ingat-ingat laaa tukarkan elemen2 negatif positif yang ko taip tu.. keh keh keh
*Minggu ke 2 selang beberape Paper Exam. ( bilik dah xleh nak handle)
Huhuhuhu memang sakit nak abiskan 5 subject sem nih.. Bleh gila, tido pun xtentu.. Mujur laa aku tak upload pic muke aku pas exam hahahah.. Kalau tak mesti korang cakap, Student kah beliau ?? ( hahahaha muke dah bejambang tak ingat) Ape-ape pun syukur alhamdullilah sebab bejaye habiskan minngu HOROR aku nih~
*Minggu ke 2, Hari last Exam.. ( dah xnampak meja)
Huhuhuhu bakal mengadap minggu ngeri pada minggu depan~
Boleh mengakibatkan mata rabak lagi betambah lebam yang amat dasyat dari kesan minggu tesebut..
Boleh menjadikan bau badan yang amat busuk akibat tak sempat mandi mahu pun muke berjambang akibat dari kurang pemantauwan untuk becukur..
*sekadar gambar hiasan
Sangat ngeri dan amat ngeri..
Minggu final exam aku..
Pada spe-spe yang aku ade wat salah, mintak maap dulu ek..
Banyak pengajaran dalam kehidupan yang mengajar erti kehidupan.. Lebih bermakna memberi seribu erti dalam menharungi perit jerih selama ini..
Tak terucap mahupun tertaip untuk membanyangkan akan ucapan terima kasih untuk kehidupan yang bermakna selama ni..
*merenung masa depan (pic sekadar hiasan)
Terima kasih tuhan memberi aku bernafas dari hari kesehari untuk melalui proses bernama kehidupan..
Lebih bermakna melaluinya di usia muda membuat aku lebih bersedia untuk hari mendatang..
Syukur aku dapat merasa semua ni..
Kini kembali berada di landasan cita-cita yang di kejar, harap tak goyah iman atau pun lalai, dan sebagainye dalam melalui proses yang bernama mencari erti mencari kehidupan~
Erkk ape aku nak sambung nih ??
Gile betoi laaa takde idea lansung aku nak taip atau nak cerite, aduhh masalah betoi nih.
*Sambil-sambil aku nak cari idea nih aku usha-usha blog orang len kejap arr..
(lepas 15 minit usha blog orang len)
Adehh tak daa jugak idea aku nih !!
Hurmm aku tengah sakit perut.. So aku nak try pulak kat situ kot-kot ade idea-idea dari toilet aku yang leh aku taip jap lagi.. Kehkehkehkeh~
(lepas 10 minit di dalam toilet)
Fuhh lega nyee~ mase aku temenung tadi aku just teringat pasal lect aku bagi tau bulan ni adalah bulan terakhir die mengajar kat kolej aku nih, huh mule-mule aku tak ambik port pun.. Tapi lame kelamaan sebak jugak sebab dah masuk tahun ke 4 die mengajor aku dalam subject B.I, bila teringat zaman-zaman aku mula-mula menjejak kaki kat kolej nih.. Die laa jadi penganti guru displin aku kat sekolah huhuhu..
Bukan ape, sebab die selalu cari aku, time aku ponteng kelas die kehkehkeh.. tak pun die selalu usha panas je time aku isap rokok kat tepi papan tanda "kawasan larangan merokok" kehkehkeh..
Huhuhuhu ni la di namakan proses pembelajaran dalam kehidupan, kalau nak folw je undang-undang tak beseri la pulak kehidupan ( alahhh korang cam tak penah je wat salah ).
Tapi apa-apa pun aku nak ucap terima kasih kat lect aku tu sebab ajor aku jadi manusia, Insyallah ilmu yang die bagi tu akan aku adaptasikan dalam kehidupan aku yang mendatang.
*ermm Madam kalau You ada baca ni blog, kasi saya A plus-plus arr kat You punya subject sebelum You resign <--- (betul ke eja letak jawatan?? ) huhuhu tu pun kalau madam aku faham bahase melayu la kehkehkeh
Huh dah-dah tukar topik !!
Ape barang cerite sedih-sedih tengah ari cam nih~
Aduhhh nafsu pekene tilam aku dah membuak-buak nih, nak tido ke x nak tido ke x nak tido ke x nak tido ke x... Hurmmm bagi aku sikit lagi ok ? pastu nak tido sampai malam pun lantak kot lahh ( cakap ngan diri sendiri)
Ermm ape aku cakap semalam ehh ?? hah tajuk tema semalam :
"Harapan yang hanya muncul dari mereka yang tak lagi memiliki harapan"
ermmm harapan yang muncul dari kececewaan <---- ( guru bahasa melayu, adekah benar ejaan nye begitu??)
*ade ape dengan kambing ??
*saya bukan siapa-siapa..
*hidup berkalang noktah..
*Ibarat kuah dengan pingan..
*Bagai tikus makmal dengan tikus mondok..
* Sudu dengan garpu..
Huhuhuhu begitulaa kalau hidup hanya memikirkan kejiwaan yang melampau~ dulu-dulu aku cam tu jugak, tapi lepas bermacam-macam kejadian belaku kat aku.. sedikit demi sedikit contoh-contoh tu aku tak ambik port langsung.. ( korang paham ke tak nih ape yang aku nak sampai kan nih ?? )
*cuba korang ingat balik zaman-zaman korang pegi kelas agama, dalam kelas tu dah bagitau "demi masa sensunguhnya manusia dalam kerugian"
Memang betoi, kalau asik fikir mende-mende cam tu memang merugikan masa, ni ade satu ayat yang aku rase leh wat korang berfikir betul ke tak ayat ni muncul selepas harapan yang tak lagi mempunyai harapan tapi atas kesedaran demi masa dan waktu timbul lah ayat ni dalam kepala, (sekadar contoh)
"Saya punya citer laen plak. Saya selalu tnya pndapat dia tentang cinta dan saya akan tnya.. ``tak msg ngan pakwe ke?" tau pun " tak de yang marah kew klau saya msg ngan awak???" Tapi baru2 ni saya da ajak dia kwen.. hahahahahaha. dia cakap masih terlalu awal lagi. sabarla ye...Bagos untuk kita luahkan perasaan sebab itu akan buat kita lebih yakin dengan diri sendiri (tapi pada mula rasa cam nak bunuh diri). walaupun di tolak,sekurang2 nya itu akan buat kita lebih matang dan yang pasti si dia itu bukan la yang tercipta untuk kita. Jadi kita perlu terus mencari lg......"
Tapi bagi aku nak mencari tu daa cam malas laa bila pikir demi masa dan waktu, banyak lagi tanggunjawap yang nak kene selesaikan selaku diri nih bergelar manusia, hurmm~
*aku sebenor nye aku tak tau ape yang aku melalut sampai sejauh nih. dari takde idea sampai la berjela-jela aku taip. Yang pasti aku menaip ketika aku khayal dalam perasaan yang mengantuk !!
Kalau pakar-pakar mesti nak kaji je ape cendikawan-cendikawan tulis kat dinding gua, kulit kayu, kulit binatang, tulisan yang bertulis kat kertas yang dah nak hancur bila pegang dengan jari, tapi sedar ke tak ape yang pakar-pakar penkaji tu kaji kot-kot cendikawan tu tulis atas sebab-sebab nak cover rase bosan, mengantuk mahupun malas pegi kerja memerah keringat ??
Memang laa ayat cendikawan-cendikawan tu power-power tapi ape hal penkaji nak kaji sampai ke tahap tu?
Persoalan nye skang.. Ape sebab cendikawan-cendikawan tu menulis kat dinding gua, kulit kayu, kulit binatang, kat batang pokok atau kat mane-mane je asal boleh menulis..
huhuhuuhu pandangan aku * dieorang bosan cam aku kot kehkehkeh